Pendekatan penulisan Cerita_pendek

Sudut pandangan

Sama seperti teknik penceritaan lain, cerpen mempunyai tiga sudut pandangan iaitu sudut pandangan orang pertama, sudut pandangan orang ketiga dan sudut pandangan orang kedua.[6]

Sudut pandangan orang pertama dan ketiga menjadi pilihan yang paling mudah bagi penulis baharu dalam menulis cerpen mereka, manakala sudut pandangan orang kedua adalah paling sukar untuk ditulis.

Proses penciptaan

Setiap penulis mempunyai gaya tersendiri dalam menulis cerpen mereka.[8] Tiada teknik atau kaedah jelas bagaimana seorang penulis itu harus ikut bagi mengolah cerpen karangannya.

Tujuan penulisan

Lazimnya, terdapat sembilan tujuan seorang penulis cerpen menghasilkan karyanya[8] iaitu;

  1. Mencari kepuasan
  2. Melakukan kritikan
  3. Melakukan teguran
  4. Melepaskan geram
  5. Memenuhi fitrah kesenian
  6. Menulis cerpen untuk memberi pengalaman keagamaan, untuk berdakwah dan menerbitkan propaganda
  7. Menulis cerpen untuk memberi ilmu
  8. Menulis cerpen untuk tujuan propaganda
  9. Ingin dikenali